PKINK kerah 80 sukarelawan bantu mangsa banjir

Berita
Typography

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Selain itu menyediakan 80 sukarelawan daripada 24 anak syarikat PKINK bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pihaknya juga mewujudkan bilik gerakan bantuan bekalan banjir di Medan Usahawan.

Katanya, pada peringkat pertama PKINK menyediakan sebanyak 2,000 beg beras dan 2,000 kit makanan yang mengandungi biskut, mi segera, gula dan teh kepada mangsa banjir.

“Kami juga menyediakan empat kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan serta memindahkan mangsa banjir ke lokasi yang lebih selamat di Pusat Pemindahan Sementara,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Beliau juga berkata, sukarelawan PKINK membantu mangsa banjir di Kok Lanas dan Pasir Puteh baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 30/11/2017