Back 2 School bantu persekolahan anak asnaf

Berita
Typography

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerusi Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR) meneruskan lagi program tahunan 'Back 2 School' di Pasaraya Berjaya Ekonomi Taman Tas, di sini bermula semalam.

Program tersebut bertujuan memberi sumbangan kelengkapan sekolah terutama kepada anak-anak yatim, fakir miskin serta mereka yang sangat memerlukan.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi bin Yahaya program tersebut akan berterusan sepanjang bulan Disember ini.

"Tahun ini, kita akan menaja 480 penerima dari kalangan mereka-mereka yang sangat memerlukan ini sekitar kawasan Paya Besar. Dengan keadaan ekonomi yang sangat membebankan rakyat kini, kita sangat mengambil berat tentang anak-anak ini," ujar beliau.

Beliau turut mengharapkan orang ramai terus menyalurkan sumbangan kerana TPR yang memerlukan dana sekitar RM 80,000 untuk program tersebut kali ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi hotline TPR di talian 016-264 0448 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar 5562 2640 4572 Maybank.