Darul Ta'lim lahir ramai ulama haraki

Berita
Typography

PUSAT Pendidikan Islam Darul Ta'lim Larut sehingga kini berjaya melahirkan ramai ulama yang berjiwa haraki bagi meneruskan perjuangan Islam di Perak.

Malah Darul Ta'lim juga mengadakan pengajian kitab turath, sekolah menengah agama dan tahfiz, di samping menyediakan pondok warga emas.

Semalam Darul Ta'lim menganjurkan sambutan Maulidur Rasul dan Pelancaran Dana yang turut dihadiri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS menyampaikan kuliah Maghrib Perdana yang dihadiri ribuan pelajar dan penduduk tempatan.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. Program itu turut dimeriahkan forum perdana yang mengandingk Ustaz Haslin Baharin dan Ustaz Naim Husin.

Pengerusi Yayasan Darul Ta'lim, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata, pembangunan dan infrastruktur di pusat pengajian itu hasil sumbangan orang ramai.

"Kami masih memerlukan sumbangan bagi pembinaan pondok warga emas yang disasarkan sebanyak 100 buah, di samping beberapa kemudahan lain kepada pelajar.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan bantuan dan sumbangan termasuk pihak dari luar Perak," katanya. – HARAKAHDAILY 30/11/2017

Darul Talim Razman