12 pekan kecil: Umno Perak gagal tunai janji

Berita
Typography

HANYA 12 daripada 41 pekan kecil berjaya diwujudkan di seluruh Perak biarpun tempoh akhir yang dijanjikan kerajaan negeri akan berakhir tahun hadapan.

Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Husin berkata, kewujudan pekan kecil tersebut amat bermakna buat rakyat tempatan kerana ia lebih membangun di samping wujud peluang pekerjaan.

Katanya, berdasar tempoh berbaki setahun lagi, kerajaan negeri mungkin tidak mampu mewujudkan kesemua 41 pekan kecil di Perak seperti dijanjikan sebelum ini.

"Sehingga sekarang hanya 12 buah sahaja berjaya diwujudkan dalam tempoh lima tahun bermula 2013.

"Secara realitinya untuk mewujudkan 29 lagi pekan kecil dalam tempoh setahun tentu agak mustahil. Lebih-lebih lagi tiada usaha serius dijalankan sehingga kini,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan mewujudkan pekan-pekan tersebut terlebih dahulu berbanding ghairah melaksanakan projek mega seperti projek Maps dan Pulara 2017. – HARAKAHDAILY 30/11/2017