Muzium Pertanian bakal jadi tarikan baru Kelantan

Berita
Typography

SELARAS usaha Kelantan untuk muncul sebagai negeri jelapang makanan, sebuah Muzium Pertanian akan diwujudkan sebagai satu lagi produk pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman berkata, muzium itu akan diubahsuai daripada bangunan Dato' Kaya Budi di Tumpat.

Katanya, kos baik pulih sebanyak RM300,000 dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Mungkin kos keseluruhan menghampiri RM1 juta bagi merealisasikan hasrat penubuhan Muzium Pertanian dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT),”  

katanya selepas merasmikan prapelancaran pameran Pendidikan Perdana mengenai kegemilangan 20 ciptaan saintis Islam bermula kurun ke lapan hingga 18 masihi di Muzium Negeri di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Ustaz Hassan Mohamood dan Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Mohamad Nazwan Ismail.– HARAKAHDAILY 30/11/2017