Presiden PAS lawat mangsa banjir

Berita
Typography

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi mangsa banjir kawasan Marang di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Marang, SK Bukit Gasing dan SK Pasir Puteh, petang tadi.

“Saya dilaporkan Marang antara kawasan yang mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi di Terengganu yang melibatkan 410 orang atau 112 keluarga,” ujarnya menerusi laman facebook.

Katanya, bantuan sedang digerakkan untuk dihantar kepada mereka.

“Kita mendoakan ujian yang datang ini semakin mendekatkan diri kepada Allah yang menguasai sekalian alam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal, agensi kerajaan dan NGO yang pantas bekerjasama membantu mereka. – HARAKAHDAILY 2/12/2017

banjir5

banjir4

banjir3

banjir1

banjir2