PRU 14: Jangan percaya kenyataan Zahid

Berita
Typography

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun hadapan.

Bidasnya, individu yang lebih layak mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 adalah perdana menteri dan bukannya timbalan perdana menteri.

"Saya rasa yang akan umumkan pilihan raya adalah perdana menteri bukan timbalan perdana menteri. Perdana menteri yang akan umumkan," tegasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/11/2017

Laporan penuh menyusul dalam harakah cetak bilangan 2304