Kelantan: Jumlah mangsa banjir turun mendadak

Berita
Typography

BILANGAN mangsa di Kelantan turun dengan mendadak hari ini apabila cuaca mulai cerah dengan sinar matahari memancar sejak pagi semalam.

Sehingga jam 5 petang ini jumlah mangsa banjir di seluruh Kelantan seramai 5,697 orang berbanding 13,159 orang petang Jumaat lepas.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my. sehingga jam 5 petang tadi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan semantara di Pasir Mas seramai 3,159 orang, Tumpat (2,514 orang) dan Pasir Puteh (24 orang).

KakLahB 2Manakala jajahan lain yang juga dilanda banjir minggu lepas tiada lagi mangsa yang berpindah iaitu di Gua Musang, Kota Bharu dan Tanah Merah.

Orang ramai menarik nafas lega selepas sinar matahari mulai memancar selepas lebih seminggu suasana redup dan hujan sekali sekala lebat.

Bagaimanapun wakil rakyat di kawasan yang masih terlibat dengan banjir bekerja keras menghantar bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 4/11/2017