Pelajar cemerlang UPSR dan PSRA dirai ADN Lembah Jaya

Berita
Typography
AMPANG: Kejayaan para pelajar memperolehi pencapaian 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Mumtaz pada Peperiksaan Sekolah Agama Rakyat (PSRA) telah diraikan ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.
 
Sehubungan itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PSRA telah dianjurkan sebagai menghargai usaha gigih dan pencapaian cemerlang para pelajar tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tasek Tambahan, di sini kelmarin.
 
Seramai 120 pelajar dalam kawasan itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan menerima cenderahati sumbangan ADN Lembah Jaya dan masing-masing dilihat teruja diraikan bersama ibu bapa.
 
Salah seorang penerima yang memperolehi Mumtaz PSRA, Raja Durratun Nasihah Raja Sarizwa menyatakan rasa gembiranya kerana menerima hadiah dari wakil rakyat kawasan itu.
 
Rata-rata pelajar ini bersemangat meneruskan kecemerlangan akademik ke peringkat seterusnya apabila menyambung pembelajaran ke sekolah menengah kelak.