Kampung sepanjang Sg Golok masih tenggelam

Berita
Typography

SERAMAI 82 mangsa banjir daripada 21 keluarga tidak boleh pulang ke kediaman masing-masing gara-gara banjir termenung di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Mereka kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 dan Sekolah Kebangsaan Bunohan walau pun situasi banjir di Kelantan semakin surut.

Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, banjir termenung merupakan masalah utama apabila tiba musim tengkujuh.

Katanya, beberapa kampung yang terletak sepanjang Sungai Golok termasuk Kampung Bendang Pa'yong masih tenggelam kerana air lambat keluar walau pun kawasan lain surut.

"Projek tebatan banjir Sungai Golok perlu dilaksanakan segera, selagi ia tidak dilaksanakan selagi itulah usaha mengatasi banjir termenung setiap tahun tidak akan berjaya.

"Bahagian kita di Malaysia lebih rendah berbanding kawasan sebelah Thailand yang menyebabkan sering ditenggelami air banjir, ini merupakan masalah negara bukan negeri," katanya ketika ditemui selepas mengagihkan bantuan banjir di Pengkalan Kubor hari ini. – HARAKAHDAILY 5/12/2017

p kubor 3

p kubor 2