Laporan polis terhadap kebiadapan Zaid Ibrahim

Berita
Typography

PAGI tadi tepat pukul 10.00, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang dihadiri oleh Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi;  Setiausaha DPPNS, Damanhuri Dol; Exco DPPNS, Khidhir; Peguam DPPNS, NorHisham; dan wakil daripada Pemuda Gombak dan Shah Alam. Malah turut dihadiri oleh Cik Wan Asshima Kamaruddin yang merupakan Pengerusi NGO UMMAH Selangor / Srikandi AlifBaTa.

Laporan polis yang dibuat oleh Delegasi DPPNS terhadap dua kenyataan/tweet yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim di akaun twitter penama Zaid Ibrahim bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 5 Disember 2017 jam pukul 9.12 pagi.

Kenyataan/tweet Zaid Ibrahim tersebut adalah suatu penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor, mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja yang boleh membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

Delegasi DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Zaid Ibrahim di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada. – HARAKAHDAILY 7/12/2017