Isu besar bermula zaman Dr Mahathir

Berita
Typography

PENYALAHGUNAAN kuasa, rasuah, kronisme, penyelewengan dalam pilihan raya antara isu besar yang bermula di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, begitu juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh.

Katanya, ISA digunakan pemimpin negara ketika itu hanya atas dasar syak wasangka apabila seseorang itu dilihat menjadi ancaman kepada kedudukan politiknya.

“Bagaimanapun sekarang Pakatan Harapan pula mencadangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia calon Perdana Menteri sementara.

“Ini ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya,” katanya ketika dihubungi.

Mursyidul AM PAS, Ustaz Hashim Jasin pula berkata, bekas perdana menteri terbabit sudah kehabisan modal politik untuk menyerang PAS.

Katanya, habis semua isu lama diungkit kembali. – HARAKAHDAILY 4/1/2018