Khidmat M'sia Kemaman siap sedia hadapi banjir

Berita
Typography
KEMAMAN: Khidmat Malaysia Kemaman kini berada dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan sentiasa memantau perkembangan semasa paras air yang menyebabkan banjir di daerah tersebut.
 
Pengerusinya, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, tinjauan pihaknya mendapati berlaku peningkatan paras air di beberapa lokasi, manakala terdapat juga penempatan dilanda banjir kini air telah surut.
 
Menurut beliau, pihaknya akan membuat beberapa tindakan susulan berikutan air mulai surut terutama di Air Putih, Jalan Paman, Seberang Tayor dan Mak Lagam berikutan cuaca sedikit panas setelah hujan selama empat hari sebelumnya.
 
Sementara dalam perkembangan semasa jam 11:45 malam tadi, paras air didapati naik terutama di kawasan Bukit Mentok berikutan fenomena air pasang berukuran 3.6 meter di mana boleh menyebabkan kawasan rendah sekitarnya dilanda banjir.
 
Ikut serta dalam tinjauan itu adalah Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dan Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood. - HARAKAHDAILY 4/1/2018