Pemimpin PAS bantu mangsa banjir

Berita
Typography

PEMIMPIN PAS Pahang turun padang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di lokasi yang dilanda bah.

Antaranya Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Indepura, Beserah, Semambu, Tioman dan kawasan lain menyatuni mangsa banjir bersama petugas Khidmat Malaysia serta Jabatan Amal.

Jumlah sekolah yang ditutup akibat bencana banjir meningkat kepada 15 buah hari ini berbanding 11 sekolah ditutup semalam.

Di Kuantan 12 sekolah ditutup manakala satu sekolah masing-masing di daerah Pekan, Jerantut dan Lipis.

Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berterusan mengakibatkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh Pahang meningkat kepada 6,784 orang.

Daerah yang terlibat iaitu Kuantan, Rompin, Maran, Pekan dan Jerantut.  

Kuantan menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 5,166 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan banjir (PPB), manakala Rompin 652 mangsa ditempatkan di sembilan PPB. – HARAKAHDAILY 5/1/2018