Khidmat Malaysia buka pusat operasi banjir

Berita
Typography

KHIDMAT Malaysia membuka Pusat Operasi Banjir Maran di Markas Tarbiah PAS Maran Kampung Embun, Chenor bagi memudahkan operasi membantu mangsa banjir.

Pengerusi Khidmat Malaysia Maran, Ramli Awang berkata, Khidmat Malaysia Maran turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di daerah itu.

Katanya, ketika banjir berlaku sebelum ini Khidmat Malaysia membantu memindah mangsa banjir, barangan mereka dan menyelaras bantuan makanan.

“Kami juga membersih tempat awam seperti masjid, surau, balai raya dan rumah mangsa banjir,” kata beliau di sini.

Menurutnya juga Khidmat Malaysia Maran turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan dalam melaksanakan operasinya.

Orang ramai yang ingin mendapat bantuan Khidmat Malaysia boleh menghubungi  Ramli di talian 013 9962172, bendahari (Roslan - 012 9863694), setiausaha – (Mat Amin - 010 8428028) dan Komandan Amal (Zaidi - 013 6162458).

Orang ramai yang turut menyumbang bantuan juga boleh menyalur melalui Maybank PAS MARAN di akaun 556057507142. – HARAKAHDAILY 5/1/2018