PJ Johor dan Amal bantu penduduk berpindah

Berita
Typography
JOHOR BAHARU: Khidmat Jabatan Amal Negeri Johor bersama telah membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), Zahimi Muhammad untuk berpindah ke Bangi, Selangor dari Taman Pulai Indah, di sini kelmarin.
 
Usaha-usaha memunggah barang-barang milik keluarga Zahimi yang juga merupakan mantan Setiausaha PAS Johor Baharu itu turut dijayakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin.
 
Ternyata, kehidupannya yang teruji oleh sakit angin ahmar (stroke) hingga berstatus OKU kini telah dimudahkan hasil keprihatinan Ustaz Abdullah dan anggota Amal itu.
 
Mereka telah menghulurkan pertolongan buatnya yang tidak lagi dapat melakukan kerja-kerja berat, sekali gus menyempurnakan urusan berpindah itu dengan koordinasi bersama Jabatan Amal Selangor.
 
Zahimi merupakan abang kandung pendakwah terkenal, Dr Zahazan Muhammad itu berpindah kerana mengikuti isterinya yang bertukar dan berkhidmat di cawangan Bangi setelah menetap di Johor sejak tahun 2006. - HARAKAHDAILY 7/1/2018