Muslimat Indera Mahkota anjur pertandingan bowling

Berita
Typography
KUANTAN: Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan Pertandingan Bowling Terbuka Wanita di Pusat Bowling Berjaya Megamall, di sini semalam.
 
Menerima lebih 100 penyertaan, pertandingan pelbagai kategori individu dan kumpulan itu bertujuan merai kaum wanita dan mengeratkan silaturahim melalui riadah secara santai.
 
Ternyata, warna-warni pertandingan tersebut dihiasi kemeriahan mahabah dan suasana ukhuwah yang dizahirkan antara para peserta dan penganjur.
 
Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota berharap pelbagai aktiviti kepada golongan wanita dapat diadakan lagi pihaknya dalam usaha mewujudkan kehidupan positif dan sokongan berkaitan.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan olej Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salawati Salleh, manakala hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan Adun Beserah, Andasura Rabu. - HARAKAHDAILY 8/1/2018