Mahkamah benar PAS, PAN guna Wisma Tok Guru

Berita
Typography

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini memutuskan kedua-dua pihak Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS boleh menggunakan bangunan Wisma PAS Salor dekat sini selagi tidak berlaku sebarang provokasi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Dato' Ahmad Bache berharap pihak plaintif dan defendan perlu bertindak atas semangat muafakat yang tinggi agar tidak timbul perbalahan.

Bagaimanapun hakim menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan bagi kedua-dua pihak melengkapkan dokumen berkaitan dengan saman pemula dan writ saman yang difaikan Yasin Yusoff, pemilik lot yang menempatkan Wisma Tok Guru.

Dengan keputusan itu mahkamah membenarkan perintah injunksi erinford yang dimita plaintif.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebelum ini menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Adun Salor, Dato' Husam Musa terhadap pemilik tanah terbabit.

Keputusan hari ini dibuat selepas megambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan yang merupakan Setiausaha Kerja PAS Kelatan, Yasin Yusoff melalui peguam masing-masing. – HARAKAHDAILY 8/1/2018