Isa Samad jadi alat ‘belakang tabir’

Berita
Typography

PAS bimbang Tan Sri Mohd Isa Samad dipergunakan pihak di belakang tabir untuk ‘mengaut’ kekayaan Felda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yohanis  Ahmad Aneq berkata, apa yang peliknya bekas pengerusi Felda itu tidak mempunyai jawatan besar dalam Umno namun berperanan cukup besar.

“Isa dilihat begitu disayangi pemimpin negara, walaupun terlalu banyak skandal dilakukannya sehingga memalukan Perdana Menteri.

“Kita bimbang pemimpin terbabit hanya menjadi kambing hitam untuk menanggung semua kesalahan sepanjang menjadi Pengerusi Felda,” katanya pada pelancaran kempen bertema 'Manifestasi Permasalahan Felda 60 (MPF 60)di Kompleks Tahfiz Ar Qardawi, Kerdau, Temerloh semalam.

Perasmiannya disempurnakan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar. Hadir sama aktivisi Felda, Naraza Muda.  – HARAKAHDAILY 8/1/2018