DAP dominasi kerusi PH PRU 14

Berita
Typography

DAP dianggap mendominasi Pakatan Harapan dengan nisbah kerusi yang ditandingi apabila diambil kira Sabah dan Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, sasaran 35 kerusi parlimen yang bakal ditandingi DAP sebenarnya hanya di Semenanjung sahaja dan belum diambil Malaysia Timur.

Katanya, pembahagian kerusi PH Ahad lepas sebenarnya tidak dapat memadamkan wajah sebenar parti berkenaan untuk mendominasi politik Malaysia.

"Kita tidak nafikan DAP mempunyai pengaruh di kedua-dua negeri tersebut.

"Dalam PRU ke-13 lalu DAP memenangi tujuh kerusi parlimen daripada 37 kerusi yang mereka tandingi," ujar beliau di Alor Setar.

Konvensyen PH Ahad lepas mengumumkan PPBM bertanding di 52 kerusi, DAP (35), PKR (51) dan PAN (27). – HARAKAHDAILY 9/1/2018