Projek belum siap punca bekalan air tiada

Berita
Typography

AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) belum menerima dokumen berkaitan bagi membolehkan syarikat berkenaan menyalurkan air ke kawasan perumahan kos rendah Bandar Utama Gua Musang.

Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, pihaknya hanya boleh membuat pemasangan meter setelah  pemaju menyerahkan dokumen berkaitan.

Katanya, pada Oktober lalu tukang paip berlesen yang menjadi sub-kontraktor projek terbabit telah berhubung dengan AKSB mengenai pemasangan bekalan air.

“Namun AKSB tidak dapat meluluskan pemasangan meter memandangkan projek berkenaan belum siap sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, borang serta dokumen yang diperlukan belum diserahkan kepada AKSB,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di perumahan baru di Bandar Utama Gua Musang ketiadaan air biarpun kunci rumah diterima September lepas. – HARAKAHDAILY 9/1/2018