Kelantan perkenal Projek Katil Wakaf

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan mencetus satu lagi transfomasi apabila melaksanakan Projek Wakaf Katil untuk membantu pesakit yang terlantar di rumah.

Sebanyak 90 katil diwakafkan untuk kegunaan pesakit terlantar di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, di Kubang Kerian semalam.

Ustaz Ahmad berkata, katil wakaf itu diberikan kepada pesakit terlantar untuk digunakan bagi kemudahan mereka.

“Mereka boleh menggunakan katil sehingga mereka sembuh atau tidak perlu lagi menggunakannya,” kata beliau pada program berkenaan.

Program itu diadakan sempena taklimat pelaksanaan program dan aktiviti seliaan Urusetia Pembangunan Wanita dan Kebajikan (UPWK) 2018.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 11/1/2018