Exco lawat keluarga mangsa lemas

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa lemas yang hilang sejak seminggu lalu.

Mohd Alif Aiman, 12 dikatakan tergelincir ke dalam sungai ketika bermain di tepi Sungai Kelantan di bawah Jambatan Salor.

Mayatnya ditemui penduduk di Kampung Raja, Tumpat kira-kira jam 7 malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri begitu bersimpati terhadap tragedi yang dialami keluarga berkenaan.

“Bagaimanapun ini semua ujian Allah. Kita berharap keluarga adik Alif tabah menghadapinya,” ujar beliau ketika menemui keluarga mangsa di Hospital Tumpat malam semalam.

Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahiran arwah di Kampung Seberang, Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 11/1/2018