Pemuda Kedah hilang ikon dakwah

Berita
Typography

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kedah kehilangan seorang ikon dakwah apabila ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Sungai Petani, Ustaz Mohd Murthada Mohd Yusof meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham merupakan pengasas dan Mudir Pusat Pengajian Darul Murtadha meninggal dunia jam 12.30 tengahari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood al-hafiz berkata, Allahyarham memberi sumbangan yang besar kepada ummah dalam aspek keilmuan, pendidikan, dakwah.

Katanya, kehilangan tokoh ulama muda tersebut amat dirasai orang ramai khususnya PAS dan Dewan Pemuda PAS Kedah.

“Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian,” katanya di Alor Setar.

Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk Ustaz Murtadha parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Km 200.9 Lebuhraya Utara Selatan. – HARAKAHDAILY 13/1/2018