24
Wed, Apr
25 Artikel Baru

Mangsa kemalangan dapat perhatian Pemuda PAS

Berita
Typography
KEPALA BATAS: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas telah mengadakan ziarah dan menyerahkan sumbangan kepada dua pesakit yang sedang dirawat di Hospital Kepala Batas, di sini kelmarin.
 
Kedua-dua pesakit tersebut mengalami pendarahan di kepala dan masih lagi tidak sedarkan diri setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum itu.
 
Sumbangan berupa alatan perubatan dan cek bernilai RM7,000 diserahkan kepada kedua-dua waris pesakit tersebut sebagai membantu meringankan beban dilalui mereka.
 
Turut serta pada ziarah tersebut adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Md Sobhi Omar, wakil Alternative Riding Club dan NGO perubatan juga dari Kepala Batas.
 
Orang ramai yang prihatin dan ingin bersama membantu usaha melaksanakan program seperti ini boleh salurkan ke akaun Bank Islam 07043011013849 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas. - HARAKAHDAILY 19/1/2018