17
Wed, Jul
41 Artikel Baru

Dekati dan maklumatkan masyarakat dengan Harakah

Berita
Typography

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam berusaha meluaskan mesej penerangan parti kepada masyarakat awam dengan mengadakan edaran Harakah di Pasar Malam Pekan Simpang Renggam, di sini pagi semalam.

Program melibatkan pimpinan PAS Kawasan dan Pemuda itu diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat dengan memberikan 200 naskhah secara percuma kepada para pengunjung.

Menurut Jubri, menerusi pendekatan itu, pihaknya dapat menemui masyarakat sekitar dari pelbagai kaum, sekali gus memberi maklumat terkini berkaitan PAS dari sumber sebenar yakni Harakah.

Usaha itu ternyata mendapat reaksi positif dari para penerima yang kelihatan menitip perhatian kepada lembaran naskhah diterima mereka, bahkan ada datang meminta setelah habis edaran.

Sehubungan itu, pihak PAS Simpang Renggam berhasrat meningkatkan jumlah pemberian pada edaran berikutnya dan berharap terdapat para dermawan sudi membantu menyumbang menjayakannya.

Ahli PAS di sekitar kawasan tersebut yang ingin melanggan Harakah boleh menghubungi Pusat Aduan Rakyat PAS Simpang Renggam di talian 016-722 6367 atau 013-755 2566. - HARAKAHDAILY 20/1/2018