PAS Batu Sapi bantu mangsa kemalangan motosikal

Berita
Typography

BATU SAPI: PAS Batu Sapi telah mengunjungi mangsa kemalangan motosikal, Jarif Jafar dan menyerahkan sumbangan di kediamannya di Kampung Bokara, di sini kelmarin.

Sumbangan telah disampaikan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah; Mustaman Mustain dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi.

Kata Sahar, sumbangan ini sebagai tanda prihatin PAS terhadap kecelakaan yang menimpa mangsa sekali gus untuk menjalinkan hubungan dengan keluarga mangsa.

"Saya sudah hubungi ayah mangsa semasa beliau mula-mula masuk hospital tapi hanya kali ini baru berkesempatan datang ziarah mereka.

"Kita doakan saudara Jarif (mangsa) cepat sembuh dan tabah hadapi ujian ini," tambahnya.

Menceritakan detik cemas ketika kemalangan, Jarif Jafar berkata, ada kereta tiba-tiba memotong dari belakang dan dia tidak dapat mengawal keadaan kemudian terbabas.

Kecelakaan yang berlaku kira-kira dua minggu lalu di Jalan Batu Sapi itu menyebabkan dua jari kanan mangsa patah dan dimasukkan besi sebagai rawatan.-HARAKAHDAILY 9/2/2018