Muslimat Bintulu mara bersama misi bantuan banjir

Berita
Typography
BINTULU: Keadaan banjir masih meruncing di sekitar daerah itu bagaikan paluan gendang yang menggerakkan amal Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu bagi melaksanakan misi bantuan.
 
Sehubungan itu, Muslimat PAS Bintulu telah menggerakkan pihaknya ke pusat-pusat penempatan sementara bagi mendapatkan maklumat keperluan mangsa secara spesifik.
 
Lanjutan itu juga, inisiatif bagi mengumpulkan sumbangan awam diaktifkan menerusi kaunter khas yang dibuka di Medan Sing Kwong, di sini semalam.
 
Hasilnya, sumbangan terus dapat disalurkan di pusat penempatan di Dewan Suarah, Dewan Orang Ramai Kampung Assyakirin dan Dewan Mesyuarat Kampung Jabai yang menempatkan sekitar 300 mangsa banjir.
 
Sumbangan diagihkan sendiri Ketua Muslimat PAS Negeri Sarawak, Ustazah Juliani Adin yang turut melahirkan simpati serta titipan nasihat agar mereka bersabar menempuh ujian Allah itu.
 
Beliau juga memuji kesungguhan serta keterbukaan kakitangan agensi kerajaan dalam bantuan dan pengkongsian maklumat dan berharap kerjasama akan meringankan beban antara sesama pihak.
 
Misi lanjutan seterusnya akan dikendalikan Muslimat PAS memerlukan sokongan ramai yang untuk itu sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1101 3010 0735 31 Tabung Bencana Banjir.
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Hafiza di talian 019 284 1071 atau Suhana 019 262 5848. -HARAKAHDAILY 9/2/2018