Kejohanan merentas desa SRIDAR meriah

Berita
Typography
KEMAMAN: Sekolah Rendah Islam Darul Rahman (SRIDAR), Kerteh berjaya melangsungkan Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama dengan jayanya, kelmarin.
 
Kejohanan ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Amal Malaysia Dun Kemasik dalam mengawal lalulintas dan kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.
 
Menurut Mudir SRIDAR, Ustaz Asri Kadir, acara julung kali diadakan ini berjaya membawa SRIDAR untuk terus maju seiring sekolah kerajaan.
 
"Pelbagai acara lain turut menjadi tumpuan dan agenda dalam memastikan pelajar SRIDAR dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah lain,antaranya akhir bulan Februari akan dilangsungkan Kejohanan Sukaneka SRIDAR," ujarnya.
 
Turut hadir Ketua Jabatan Amal Kawasan Kemaman, Wan Faisal Abdullah. -HARAKAHDAILY 10/2/2018