PAS Kemasik giat laksana projek kebajikan masyarakat

Berita
Typography
KEMAMAN: Lajnah Kebajikan PAS Dun Kemasik sedang meluaskan agenda kebajikan kepada masyarakat dengan mengadakan sumbangan kepada golongan memerlukan.
 
Antara bantuan diberikan dalam usaha tersebut adalah membaikpulih secara gotong-royong lantai rumah seorang penduduk yang menetap di Lorong Seroja 5, Kampung Baru Kemasik, di sini semalam.
 
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, sumbangan itu sebagai meringankan beban keluarga tersebut agar mempunyai keadaan lantai lebih tetap dan selesa.
 
Maklum beliau, usaha seumpama sedang giat dilaksanakan pihaknya bagi membantu masyarakat dan sememangnya usaha itu tidak terhad atau bermusim masa pilihan raya sebagaimana dilakukan pihak lain.
 
Hasil gotong-royong tersebut membolehkan projek dijalankan dalam masa singkat dan hadir sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kemasik, Shahrim Ibni Hajar dan Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kemasik. - HARAKAHDAILY 11/2/2018