Ziarah pesakit agenda kebajikan di Pasir Gudang

Berita
Typography
PASIR  GUDANG: Ujian diharungi seorang pesakit kanser paru-paru tahap empat, Khairul Akramin Abdul Hamid turut mendapat perhatian Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor, Ab Aziz Abdullah.
 
Simpati terhadap penyakit dideritai itu yang semakin merebak ke limpa dan tulang belakang itu, Aziz turut menghulurkan sumbangan pihaknya kepada Khairul di kediamannya di Bandar Seri Alam, di sini kelmarin.
 
Kehadiran beliau menziarahi ahli Jemaah Surau al-Husna itu turut disertai bersama oleh Pengerusi Surau al-Husna, Meswan Samingon dan Imamnya, Samsuddin Ahmad.
 
Terdahulu, Aziz turut mengunjungi seorang mangsa kemalangan yang mengalami musibah itu di satu persimpangan merbahaya berhampiran di mana tiada lampu isyarat dan lampu jalan.
 
Keadaan gelap pada waktu malam dan risiko persimpangan tersebut telah menyebabkan pihak PAR membuat aduan untuk tindakan segera Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - HARAKAHDAILY 11/2/2018