Banjir eratkan Jabatan Amal dengan agensi kerajaan

Berita
Typography

BINTULU: Misi Bantuan Banjir oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bintulu telah mengeratkan kerjasama pasukan itu dengan agensi kerajaan seperti pihak Bomba dan Penyelamat serta anggota Tentera.

Ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Dewan Tatau, Jabatan Amal Bintulu dilihat bersama-sama pihak Bomba menyediakan bahan makanan untuk edaran ke kawasan terputus hubungan jalan raya akibat banjir.

Bantuan keperluan makanan kepada mangsa banjir itu disedia dan dipersiapkan untuk disampaikan terus menggunakan helikopter milik pihak Bomba.

Pada waktu tengahari, anggota Tentera dibantu oleh anggota Jabatan Amal dalam menyediakan makanan tengahari untuk mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir tersebut.

Hubungan yang baik ini ternyata satu lembaran baharu yang diharap Jabatan Amal ianya dapat diteruskan dalam misi-misi bantuan lain kepada masyarakat di kawasan Bintulu dan Sarawak umumnya.

Hari terakhir Misi Bantuan Banjir di Tatau, anggota Jabatan Amal Bintulu berkesempatan menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Rumah Panjang, Jalan KD Timber.

Manakala pada lewat petang, mereka bersama-sama Dewan Muslimat PAS Bintulu mengunjungi perkampungan bersebelahan Sungai Tatau dan menyampaikan masakan dari program Dapur Rakyat.-HARAKAHDAILY 12/2/2108