Agihan limau santuni kaum Tionghua Pasir Gudang

Berita
Typography

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan program edaran buah limau mandarin dan risalah penerangan bersempena menjelangnya Tahun Baru Cina.

Edaran dipimpin Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah itu telah menemui penduduk dalam kalangan kaum Tionghua di pasar pagi Permas dan pasar pagi Megah Ria, di sini, 10 Februari lalu.

Manakala Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd pula memimpin edaran bersama Ab Aziz dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Johor Jaya, Zubaidi Abdul Rahman di Pasar Pagi Taman Johor Jaya, di sini kelmarin.

Mereka turut disertai Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Johor, Kumutha Rahman dan pimpinan Muslimat PAS Pasir Gudang serta anggota Jabatan Amal.

Menurut Azhari, pihaknya tidak 'menang tangan' menyantuni masyarakat yang memberi reaksi positif terhadap usaha tersebut, selain turut menerima ikrar penduduk untuk tidak lagi mengundi BN.

PAS Pasir Gudang akan meneruskan lagi siri edaran tersebut di beberapa lokasi dalam kawasan itu sehingga malam menjelangnya Tahun Baharu Cina-HARAKAHDAILY 13/2/2018.