Masyarakat Cina diagih pulut kuning

Berita
Typography

TEMERLOH: PAS Pahang mempunyai cara tersendiri bagi meraikan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru.

Pemimpin PAS kawasan menghadiah makanan tradisional Melayu termasuk lemang dan pulut kuning bersama rendang ayam atau daging.

Makanan tradisional Melayu itu tidak asing lagi bagi masyarakat Cina di Pahang.

Selain itu turut diedar kuih bulan kepada kaum Tionghua sebagai meraikan Pesta Tanglong beberapa bulan lalu.

Di Lipis, PAS kawasan tersebut menyediakan ratusan lemang untuk diedarkan kepada masyarakat Cina.

Manakala di Pekan, Kuantan dan Jerantut pula petugas PAS menyediakan pulut kuning sebagai juadah.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar menyampaikan pulut kuning dan risalah kepada masyarakat Cina di Dun Tanjung Lumpur.

PAS Cameron Highlands turut mengedar risalah dan 300 kad ucapan Tahun Baru kepada kaum Tionghua di bandar peranginan tersebut.-HARAKAHDAILY 14/2/2018