Tamrin PAS Jerai mantapkan roh menuju PRU14

Berita
Typography
JERAI: Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Jerai telah mengadakan tamrin untuk memantapkan lagi perjuangan dan ukhuwah dalam kalangan ahli PAS kawasan itu.
 
Tamrin tersebut melibatkan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Dewan-dewan serta tiga MTD di bawahnya iaitu Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.
 
Program yang menjadi sebahagian persiapan ruhiyah menjelang PRU14 tidak lama lagi itu telah dilangsungkan di Pejabat PAS Jerai, Padang Lumat, di sini kelmarin.
 
Yang Dipertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad dalam ucapannya menyeru peranan setiap anggota untuk terus berusaha meyakinkan pengundi memilih calon PAS pada PRU nanti.
 
Manakala Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya selaku pimpinan jemputan pada tamrin itu menyegarkan peserta dengan taujihat untuk terus memiliki semangat juang tinggi khususnya dalam siyasah Islam PAS.
 
Hadir sama pada tamrin tersebut adalah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat. - HARAKAHDAILY 14/2/2018