Mangsa kebakaran terus diberi perhatian oleh PAS

Berita
Typography

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang terus memberi perhatian terhadap nasib penduduk apabila menghulurkan bantuan susulan kepada mangsa kebakaran di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, di sini kelmarin dahulu.

Sumbangan itu sebagai meringankan beban mangsa terdiri dari tiga rumah dan lapan bilik sewa serta tiga motosikal musnah pada kejadian 20 Februari lalu itu, setelah bantuan awal RM500 dihulurkan sebelum ini.

Sumbangan disampaikan sendiri Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor, Ab Aziz Abdullah yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang ketika kunjungan menemui para mangsa.

Mangsa ketika ditemui masih trauma dan sedih selain meluahkan kesedihan terhadap kejadian tersebut, namun ditenangkan Aziz yang berharap mereka terus bersabar.

Selain dorongan dan takziah dari pihaknya bersama sumbangan wang tunai, pihak PAS Pasir Gudang juga menyampaikan sumbangan pakaian, toto dan barangan keperluan asas lainnya.-HARAKAHDAILY 8/3/2018