Dominasi PAS tadbir Selangor

Berita
Typography

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata:

PAS dalam amalan setiap kali pilihan raya, kita tidak akan menamakan siapa calon Menteri Besar. Dan PAS sendiri menyediakan calon-calon yang semuanya layak untuk jadi Menteri Besar. Semua calon PAS layak untuk jadi Menteri Besar.

”Sebab itu PAS bukan kita hanya heret seindividu untuk terus naik. Tapi PAS ini sebuah parti yang kita bermula dengan ada tarbiyah, ada pendidikan, ada usrah, ada tamrin untuk membentuk peribadi-peribadi supaya mereka layak.

“Bukan kita sekadar menilai dari soal sudut akademik semata-mata, tetapi ialah dari segi akhlak, dari segi keperibadian, dan dia diterima oleh masyarakat dan baik hubungan dengan masyarakat. Jadi semua ini tak boleh lahir dengan berlakon, tetapi mesti melalui satu ilmu, melalui satu pendidikan, pentarbiyahan yang panjang.

“Jadi calon-calon yang akan kita kemukakan ini insyaa Allah calon-calon yang semuanya layak. Sebab pengalaman-pengalaman yang lalu pun bila kita kemukakan calon-calon kita, tidak ada seorang pun yang kita kata terlibat macam di Kelantan berapa puluh tahun kita mentadbir. Tak ada pun yang terlibat dalam soal rasuah yang dipanggil oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah dan sebagainya.

“Jadi, tugas PAS sekarang ini buat masa ini ialah menyediakan calon yang semuanya layak untuk jadi Menteri Besar. Jadi lepas itu nanti, kuasa nak lantik Menteri Besar ini, kita serah kepada yang memayungi rakyat untuk memilih. Yang memayungi rakyat tentunya ialah kuasa Tuanku, Sultan. Jadi Sultan lebih arif untuk melihat. 

Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor) Jawab di Live Facebook Sinar Harian pada 6 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 8/3/2018