Muslimat kongsi beban dugaan dihadapi ahlinya

Berita
Typography
NIBONG TEBAL: Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan Gotong-royong Mahabbah bertempat di kediaman aktivis PAS, Noor Azah Abd Hajal di Taman Merak, dekat sini semalam. 
 
Gotong royong ini bertujuan menziarahi Noor Azah yang diuji dengan dugaan besar setelah melahirkan bayi pra matang di mana mengalami komplikasi kesihatan seperti jantung berlubang, saluran usus tidak bersambung dan lain-lain masalah. 
 
Sehubungan itu, gotong-royong ini adalah persiapan agar kediaman beliau bersesuaian dengan keperluan bayinya yang memerlukan penjagaan rapi dari penyakit berjangkit seperti selesema dan demam. 
 
Inisiatif tersebut dipimpin Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Nibong Tebal, Musalmah Yusop yang menegaskan bahawa PAS bukan sahaja prihatin kepada isu semasa dan sosial masyarakat, tetapi juga kebajikan ahlinya.
 
Orang ramai juga boleh membantu meringankan beban Noor Azah bagi menampung kos perubatan bayi beliau yang masih dalam rawatan menerusi sumbangan ke akaun peribadinya Maybank 1572 2333 2716 dengan rujukan 'Anak Syurga Uwais'. -HARAKAHDAILY 11/3/2018