PAS bantu baik pulih rumah ibu tunggal

Berita
Typography
PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerusi PAS Cawangan Taman Tas telah membantu membaiki dan membersih rumah usang ibu tunggal, Faridah Mamat, 52 yang tinggal bersama anaknya, di sini semalam.
 
Wanita itu membesarkan anaknya berusia 10 dan 12 tahun dengan berniaga kuih dan mengasuh anak kecil bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
 
Ketua PAS Taman Tas, Yusof Harun memaklumkan bantuan tersebut sebagai memastikan mereka mendapat kehidupan selesa di mana tikar getah, pintu dapur dan kerja mengecat dilakukan.
 
Hadir sama Setiausaha PAS Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor yang melaksanakan kerja-kerja mengecat dinding kediaman rumah ibu tunggal itu.
 
Orang ramai diseru menyokong usaha kebajikan PAS itu menerusi sumbangan ke Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar akaun Maybank 5562 2440 4572. -HARAKAHDAILY 11/3/2018