eH: Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-5)

Berita
Typography

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:

Disebut dalam satu Hadis riwayat Ibnu Majah:

ستأتي على الناس، سنوات خداعات، ويؤتمن فيها الخائن، ويخون فيها الأمين، ويتكلم فيها الرويبضة

Akan berlaku tahun-tahun yang menggoda kepada umat Islam. Orang yang amanah dianggap khianat. Orang yang khianat dianggap amanah (Ini berlaku bercelaru). Dan orang-orang yang tak tahu agama bercakap perkara-perkara yang besar dalam urusan agama (menyebabkan kecelaruan dalam kehidupan masyarakat Islam).”

“Ini bencana yang kita hadapi pada hari ini. Bagaimana kita nak selamatkan diri? Di sana ada hadis-hadis yang banyak, di antaranya Nabi bersabda bila berlaku bencana ini:

تلزم جماعة المسلمين وإمامهم

“Kamu hendaklah bersama dengan kumpulan Islam dan pemimpin mereka.”

“Pemimpin nak buat macam mana? Kita tidak mempunyai pemimpin macam Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Tak punya pemimpin macam imam-imam mazhab. Banyak perkara-perkara baru yang tak ada dalam Quran dan hadis, bagaimana nak berijtihad?

“Maka gerakan Islam memilih pendekatan yang sesuai dengan zaman masing-masing. Kita mewujudkan Majlis Syura Ulama. Majlis Syura Ulama ini ialah kumpulan ijtihad. Memang untuk berijtihad dalam masalah baru, mestilah mendalami dalam ilmu Quran, Sunnah, dalam ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu kemasyarakatan yang berkait dengan dinawi, kena tahu semua baru boleh berijtihad.

“Macam mana nak buat? Nak cari seorang yang ada semua ilmu, tak boleh. Maka dibuat secara kolektif, secara jama’ie. Di mana pakar-pakar kalangan ulama berbagai-bagai ilmu dalam Islam dikumpulkan. Dalam masa yang sama, perkara yang berkait dengan urusan duniawi, maka dipanggil pakar-pakar kalangan profesional dalam berbagai bidang untuk memberi taklimat tentang masalah-masalah yang baru. Supaya kita boleh berijtihad dalam perkara baru. 

Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha (Dunia Islam Masa Kini Siri Ke-5) beliau di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada pagi tadi yang disiarkan di ruangan E-Harakahdengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 11/3/2018