Menang Pontian jika dapat 15 peratus undi Umno

Berita
Typography
PONTIAN: PAS berpotensi untuk memenangi kerusi Parlimen P.164 Pontian seandainya dapat menarik 15 peratus sokongan undi penyokong Umno pada PRU14 ini.
 
Demikian jangkaan dinyatakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pontian, Prof Baharom Mohamad ketika Ziarah Al-Malak di Parit Asam Kubang Darat, di sini kelmarin.
 
Perkembangan politik di Johor menyaksikan Umno mengalami perpecahan teruk yang sebahagian besarnya menyertai PPBM, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan kerusi.
 
Ziarah bersiri yang dijalankan PAS itu bertujuan mengenalkan penggerak di Kawasan itu serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
 
Ia juga sebagai dorongan semangat kepada penyokong PAS untuk terus istiqamah di mana rata-rata kekal setia bersama jamaah ini dan masih memberi sokongan kewangan atau kerja kepada parti. -HARAKAHDAILY 12/3/2018