Inisiatif Pemuda PAS salur air kepada penduduk S'gor

Berita
Typography

GOMBAK: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengerah peranan ahlinya bagi membantu mendapat dan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terjejas sejak seminggu lalu di negeri itu.

Inisiatif dipimpin Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim itu juga diperkuatkan dengan peranan anggota Jabatan Amal Malaysia Selangor.

Mereka telah mengagihkan bantuan air ke kawasan seperti Gombak, Pandan, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Puchong, Kota Raja dan Ampang dalam usaha meringankan beban rakyat sejak Khamis lalu.

Mereka akui, walaupun bantuan sumber-sumber bekalan air disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, namun masih terhad.

Menyedari ia merupakan keperluan asasi dan kegunaan dalam urusan harian itu telah menjejaskan banyak aktiviti dan kepentingan penduduk, maka usaha itu digerak semampu mereka.

Penduduk di beberapa kawasan dalam negeri Selangor telah berdepan dengan masalah bekalan air tersebut akibat daripada kerja-kerja pembaikan Paip Sistem Mampatan Udara yang dilaksanakan SPLASH sejak seminggu lalu.-HARAKAHDAILY 12/3/2018