Perihal Kolam al-Kautsar

Berita
Typography

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:

Murtad ini satu perkara yang besar di dalam ugama Islam. Murtad dengan makna setelah masuk Islam keluar daripada Islam. Penganut-penganut ugama lain menganggap keluar agama ini macam salin pakaian sahaja, mudah. Dalam Islam, murtad dosa yang sangat besar dalam Islam. Besar dosanya. Seorang kafir yang nak masuk Islam mesti kena tahu bahawa bila dia masuk Islam, dia mengucap dua kalimah syahadah.

“Dia mengikat janji dengan Allah S.W.T. Ikat diri dengan Allah Taala. Bila dia murtad bermakna dia mungkir janji dengan Allah Taala, langgar janji dengan Allah Taala. Di mana dalam undang-undang manusia sekalipun, mana-mana rakyat yang langgar janji dengan pemerintah dia, yang khianat terhadap pemerintah dia, kesalahannya sangat besar.

“Amerika ke, Rusia ke, British ke, mana-mana negara, kalau ada yang khianat terhadap kerajaan dia, hukumannya keras, hukumannya bunuh, ataupun penjara seumur hidup, ditahan selama-lamanya. Itu dengan kerajaan. Dengan Allah Taala lebih daripada kerajaan lagi. Tak boleh buat main-main. Malangnya ada hari ini menganggap murtad ini macam salin pakaian, nak beri mudah-mudah saja orang jadi murtad. Tidak boleh kerana masuk Islam ini berjanji dengan tuhan, berjanji dengan Allah Taala. Tak boleh langgar janji dengan Allah Taala. Tak boleh rungkaikan perjanjian kita dengan Allah Taala.

“Rungkai perjanjian dengan Allah Taala dosa yang sangat besar. Hari ini terdapat kalangan orang Islam nak ikut undang-undang kafir, undang-undang bukan Islam. Menganggap murtad ini main-main sahaja. Tidak boleh. Orang Islam mesti mempertahankan ikatan janji dia dengan Allah Taala.

“Dalam Islam, ugama dah sempurna. Bukan sahaja sembahyang puasa, termasuk di dalamnya politik negara. Termasuk di dalamnya hubungan dengan kenegaraan, pemerintahan dan umat. Bila seseorang itu sudah murtad, dia khianat terhadap negara dan umat, bukan terhadap Allah Taala. Bila negara itu adalah negara Islam, dia dah jadi orang Islam. Bila jadi orang Islam, ikatan dengan Islam ikatan dengan negara. Kecuali dia orang bukan Islam. Dia dah orang bukan Islam, orang kafir duduk di bawah kerajaan Islam. Itu lain cerita.

“Bila dia sudah Islam, negaranya Islam, dia berkait dengan akidah negara, kepercayaan negara dan keselamatan negara. Mudah orang murtad ini jadi agent kepada musuh-musuh negara. Jadi alat kepada musuh-musuh negara. Oleh kerana itulah hukuman terhadap murtad bukan sahaja hukuman ugama, termasuk hukuman politik, hukuman menjaga keselamatan negara yang sangat besar ikatannya yang kita kena faham

“Hari ini ada kalangan orang menganggap mudah-mudah saja murtad ini, main-main saja murtad. Jadi tukar ugama ini macam salin pakaian. Kita tak paksa dia masuk Islam. Kita tak paksa orang masuk Islam. Bila orang itu masuk Islam, dia kena tahu masuk Islam ini ialah ikatan dengan Allah S.W.T, ikatan dengan negara, dan ikatan dengan masyarakat, dengan umat Islam. 

Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha Jumaat beliau di Masjid Rusila, Marang pada 9 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 12/3/2018