PRU14: NGO perlu berfikir beberapa langkah ke hadapan

Berita
Typography

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) perlu berfikir beberapa langkah ke hadapan dan bukan hanya berlegar sekitar gerak kerja kebajikan sahaja.

Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu, Yahaya Ali berkata, NGO perlu digerakkan secara jelas, sama ada secara sembunyi atau nyata untuk menumbangkan kerajaan yang korup sekarang.

“Mesti ada satu gerakan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan sasaran untuk memastikan kemenangan Gagasan Sejahtera pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Agenda Bertindak NGO Menghadapi PRU-14 anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (Demi) di sebuah hotel di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut sama ialah Presiden Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Lajnah Hubungan NGO, Prof Zainal Abidin Kidam.