Gagal sedia bekalan air di Kg Bambangan

Berita
Typography
BATU SAPI: Penduduk bukan sahaja dibiarkan dari inisiatif untuk membebaskan mereka oleh belenggu kemiskinan, hatta kemudahan bekalan air bersih juga tidak diterima.
 
Keadaan tersebut bukan sahaja menyulitkan urusan harian, malah terpaksa pula mengusahakan sendiri sistem perpaipan untuk mendapatkan air bagi kegunaan asas kehidupan.
 
Demikian situasi kehidupan yang disaksikan rombongan dipimpin Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain ketika berkunjung ke Kampung Bambangan, di sini kelmarin.
 
Rata-rata penduduk yang diziarahi meluahkan kekesalan tersebut kerana diabaikan pihak berwajib sedangkan bekalan air bersih seharusnya menjadi hak ditunaikan pihak berwajib kepada mereka.
 
Menurut Mustaman, perkara itu sememangnya tidak wajar berlaku, sebaliknya pihak berwajib harus menunaikan perkara tersebut agar penduduk dapat menjalani kehidupannya secara asas.
 
Atas pengabaian itu penduduk katanya, bertekad melakukan perubahan pada PRU14 ini menunaikan kuasa sebagai pengundi untuk memberi pilihan mereka kepada PAS. -HARAKAHDAILY 9/4/2018