Kelantan simpan 10 kg emas setahun

Berita
Typography

TANAH MERAH: Kerajaan negeri menyimpan 10 kilogram emas setahun bagi menjana keuntungan jangka panjang dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan, Ahmad Yakob berkata, beliau menjangka kerajaan negeri dapat menyimpan sebanyak 10 kilogram emas setahun.

“Setakat ini kita sudah ada 5 kilogram emas yang disimpan. Ini merupakan usaha baik yang kita lakukan supaya kita mempunyai simpanan emas.

“Kalau ada simpanan emas kita mempunyai kedudukan ekonomi yang baik," katanya selepas merasmikan lombong dan kilang pemprosesan emas milik Prima Warisan Venture Sdn Bhd di Kampung Sokor hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri memberi kelulusan kepada lima syarikat untuk melakukan aktiviti perlombongan emas di Kelantan.

Turut hadir pada program itu anggota Exco, Dato' Hanifa Ahmad; Penasihat Undang-undang, Dato' Shahidani Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Dr Wan Zawawi Wan Ismail. – HARAKAHDAILY 9/4/2018

kilang emas di Sokor