PRU14: Penamaan calon 28 April, mengundi 9 Mei

Berita
Typography

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi bagi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya sebentar tadi.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April menjadikan tempoh berkempen adalah 11 hari.

Pengundian awal pula ditetapkan pada 5 Mei.

Pada PRU14 ini yang berlangsung pada hari Rabu, sebanyak 14,940,624 pemilih layak mengundi berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat. - HARAKAHDAILY 10/4/2018