Calon: PAS ambil kira aspek agama

Berita
Typography

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak menapis lebih teliti senarai calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini bagi memastikan tokoh yang akan ditampilkan lebih berwibawa.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata Majlis Syura Ulamak lebih menekankan aspek undang-undang dan agama.

“Majlis Syura Ulamak memang teliti soal pemilihan calon. Walau pun kita tidak dirujuk kepada SPRM, tetapi turut menekankan kaedah yang serupa,” ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.

Pada akhir Januari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan belum menerima senarai nama calon PRU14 daripada pembangkang untuk disaring.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato’ Seri Azam Baki dilapor berkata, pihaknya hanya menerima senarai daripada BN yang sudah menghantar beberapa nama.

Menurut Mohd Amar, Majlis Syura begitu teliti dalam pemilihan calon, malah ada di antaranya dikeluarkan kerana ada beberapa masalah. – HARAKAHDAILY 10/4/2018