Pemuda Johor kumpul dana tandingi PRU

Berita
Typography
PASIR GUDANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menganjurkan majlis Jamuan Makan Malam bertujuan mengumpulkan dana PRU14 yang telah dilangsungkan di sini kelmarin.
 
Disertai pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan serta Pemuda PAS Kawasan, jamuan tersebut dalam rangka mengumpul dana bagi merealisasikan kemenangan di kerusi ditandingi. 
 
Di negeri Selatan Tanah Air itu, Pemuda PAS Johor sendiri akan menandingi lapan kerusi menerusi calonnya sebagaimana diumumkan Ketuanya, Juwahir Amin dari 19 Parlimen dan 40 Dun yang bakal ditandingi PAS.
 
Tetamu utama majlis tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Yusainee Yahya dalam ucapannya menyeru usaha menggandakan infak dengan setiap hadirin mencari sekurang-kurangnya 20 penyumbang.
 
Beliau juga menyeru keyakinan para petugas PAS untuk bekerja keras pada PRU ini kerana anugerah kemenangan tidak mustahil dikurniakan Allah atas usaha yang dilaksanakan. -HARAKAHDAILY 12/4/2018