Bilik Operasi Felda Sungai Nerek aktif 24 jam

Berita
Typography
MARAN: Kesungguhan untuk memenangi kerusi yang ditandingi dibuktikan dengan mengaktifkan Bilik Operasi selama 24 jam sehari.
 
Usaha itulah ditunjukkan oleh para petugas PAS UPU Felda Sungai Nerek yang berada dalam Dun Chenor bagi menyumbang usaha merealisasikan matlamat itu.
 
Menurut Ketua Cawangan PAS Sungai Nerek, Ustaz Murad Mustafa, tumpuan dengan mengaktifkan Bilik Operasi tersebut 24 jam sehari telah dilakukan pihaknya sejak dari pembubaran parlimen diisytiharkan lagi.
 
Menurutnya, selain kerja-kerja teknikal lain, pihaknya turut memberi tumpuan untuk memastikan anak perantauan pulang dan memberi undi kepada PAS ke arah menyumbang kepada kemenangan.
 
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Cawangan, Ustazah Jaswati Jusof berkata, penglibatan Muslimat diaktifkan semaksimum mungkin untuk mendekati pengundi khususnya kaum hawa selain membantu kerja menjahit bendera dan masakan untuk petugas. -HARAKAHDAILY 12/4/2018